logo

Featured Listings:

Berminat Kerjaya Perunding Hartanah (Real Estate Agent)?
02/08/2016 11:59 AM

Peluang menjadi Perunding Hartanah Berdaftar untuk anda!!

 

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

 

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya membimbing ratusan Perunding Hartanah untuk berjaya dan konsisten dengan kerjaya profesional ini. Dengan gabungan pengalaman Prinsipal syarikat, Sr. Amar Akmal Zakaria, bersama-sama Head of agency terdiri dari En. Saharudin Tunggal (PEA1065), En. Riduwan Che Amad (PEA1064) dan En. Mohd Hassan (REN 03997) beserta Business Advisor, Pn Halima Mohd, perunding hartanah di bawah bimbingan kami telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan dan berjaya meletakkan diri mereka sebaris dengan perunding-perunding hartanah yang jauh lebih lama berkecimpung dalam industri ini.

Perkara yang terpenting untuk anda ketahui, kami memiliki kuota yang besar untuk melantik anda sebagai Perunding Hartanah Berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Dengan gabungan Prinsipal Tn. Sr. Amar Akmal Zakaria, Prof Madya Sr. Baharuddin dan Tn. Hj. Sr. Sidek, kami boleh mengrekrut secara sah ramai perunding hartanah berdaftar. Pastikan hak anda untuk memiliki 'Real Estate Negotiation (REN) Tag' dari LPPEH tidak dinafikan. Anda perlu jelas berkaitan perkara ini.

 

Mengapa karier Perunding Hartanah sangat menguntungkan?

Tahukah anda, kerjaya perunding hartanah mampu menjana pendapatan tahunan ratusan ribu ringgit. Dan bukan mustahil ia boleh mencecah angka yang lebih besar daripada itu. Hanya perkara yang penting untuk mencapainya adalah bimbingan yang betul dan berterusan daripada mentor-mentor yang telah berjaya membuktikannya. Dengan bimbingan dan fikiran positif, ianya adalah sesuatu yang pasti.

 

Mengapa anda perlu menyertai kami sebagai Perunding Hartanah?

1. Latihan intensif dan personal coaching secara berterusan.

Kejayaan sistem latihan dan personal coaching kami telah terbukti berjaya membimbing perunding-perunding hartanah terutamanya yang baru menceburi bidang ini untuk mampu 'closing' atau mampu menjual hartanah dalam masa yang singkat. Peratusan besar hingga melebihi 85% perunding hartanah baru kami yang mampu closing dalam masa kurang 3 bulan. Ramai juga daripadanya pula telah berjaya closing hartanah terkumpul bernilai lebih RM 1 juta dalam tempoh tidak sampai 3 bulan tersebut. Ini membuktikan sistem latihan kami yeng menekankan 'ground work' sebagai perunding hartanah amat berkesan. Jangan risau berkaitan bimbingan, trainer berpengalaman kami akan memastikan anda sentiasa berada 'on track' untuk berjaya dengan konsistensi.

 

2. Sistem Database prospek pelanggan yang besar.

Kelebihan yang akan anda perolehi untuk bersaing dengan puluhan ribu perunding-perunding hartanah lain di luar sana adalah apabila anda mempunyai senarai prospek pelanggan yang kemas dan mudah untuk diurus. Dengan persaingan perniagaan yang semakin hari semakin hebat, anda pastinya akan berasa selesa apabila langkah pertama dan yang paling sukar iaitu mendapatkan prospek pelanggan telah dipermudahkan dengan sistem kami. Aspek ini antara yang kami anggap sebagai elemen sangat penting dalam senarai 'ground work' perunding hartanah.

 

3. Sistem pemasaran yang berkesan.

Antara sebab pencapaian lebih 85% perunding hartanah baru kami mampu closing dalam tempoh kurang 3 bulan adalah apabila kami menerapkan sistem pemasaran yang efisien. Sistem pemasaran secara offline dan online kami mudah di praktikkan dan cepat mendatangkan hasil kepada perunding-perunding hartanah bimbingan kami. Ia secara tidak langsung dapat mengekalkan momentum prestasi perunding hartanah walau dalam apa pun situasi pasaran.

 

4. Website yang SEO friendly.

Kami mempunyai beberapa laman web hartanah yang boleh digunakan untuk memasarkan hartanah oleh perunding hartanah secara percuma. Sebagaimana anda temui kami secara online di sini, begitu jualah anda akan temui bakal pelanggan anda secara online.

 

Anda bersedia untuk bersama-sama kami dalam memenuhi impian anda sebagai Perunding Hartanah?

Sila click link ini dan isi borang permohonan secara online. Pihak admin akan menghubungi anda berkaitan tarikh Career Talk dan temuduga terdekat.

http://transasia.my/join-us.html

Anda juga boleh terus hubungi admin kami di talian 03-55237736.

 

 

Rumah, beli atau sewa dulu
09/25/2015 07:10 PM

Terus menerus menyewa atau beli terus rumah?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada pilihan dan perancangan masing-masing. 

Sebahagian terus membuat keputusan untuk memiliki kediaman kerana suka dan minat deco rumah. Itu merupakan satu kepuasan hidup.

Ada yang menyewa kerana selalu berpindah tempat kerja seperti kedutaan.

Ada yang lain pula menyewa kerana tidak mampu untuk menyediakan deposit dan blacklisted bank.

Sebahagian kecil menyewa kerana kadar sewaan lebih rendah berbanding ansuran bulanan bank.

Sebahagian yang lain pula memadai dengan hanya menyewa kerana sewa bulanan dibayar oleh penyewa-penyewanya. Pada masa kini sudah tidak janggal lagi jika mendengar ada orang memiliki lebih dari satu hartanah. Ada dua, dua puluh, malah beratus. Kebanyakannya disewakan sebagai pasif income untuk membayar sewa bulanan rumah, kereta, percutian dan perbelanjaan lain.

Kesimpulannya, berusahalah untuk mula memiliki walau satu hartanah samada untuk disewakan atau untuk tinggal.

 

Link Penuh : http://hartanahhot.com/blog.html

Jump to Page:   <<   1   >>  
Previous 100
Next 100
Others Link :

HartaPrima | HartanahHot | HartanahMilenium | PutraProperty | ImaProperties | Realharta | hartanahmall | ejenhartanahn9
zdhartanah | Hartanah4sale | Primahotproperties | Nadjojoproperty
Ezza-ejenhartanah